Borang
PROSES PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN:
Langkah 1
Langkah 3
Langkah 2
Langkah 4
Nota & Arahan:
- Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh Majikan/Pengerusi/Setiausaha Kawasan/Pegawai Kumpulan ‘A’ Atau Penghulu.
- Sila hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan di alamat Ibu Pejabat KOPENAS tertera dibawah;
- U/P: Unit Pemasaran & Komunikasi KOPENAS,
No.9-1 & 9-2B Ukay Boulevard, Jalan Lingkaran Tengah 2,
Off Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.
- Sila sedia maklum bahawa sebarang permohonan adalah tertakluk kepada anggota KOPENAS yang berdaftar sahaja. Sekiranya anda belum lagi menjadi Anggota, sila daftar di bahagian ‘Log Masuk - Daftar Anggota’ terlebih dahulu. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di talian: +603-4161 2622 / +603-4161 8917 / +603-4161 1459.
Borang
Pembiayaan
Kebajikan
Terma & Syarat*
Terma & Syarat Borang Pembiayaan: Pihak Pengurusan KOPENAS Berhad berhak menukar sebarang terma dan syarat tanpa notis. Semua permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan gaji tidak melebihi 60% daripada slip gaji. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang KOPENAS. Borang yang telah disemak lengkap dengan maklumat dokumen yang diperlukan akan diproses untuk kelulusan mesyuarat Jawatankuasa Kecil (JKK) KOPENAS Berhad pada setiap bulan untuk kelulusan.
Terma & Syarat Borang Kebajikan: Pihak Pengurusan KOPENAS Berhad berhak menukar sebarang terma dan syarat tanpa notis. Semua
permohonan hendaklah menggunakan Borang KOPENAS. Borang yang dihantar haruslah lengkap beserta dokumen sokongan yang
diperlukan. Proses permohonan adalah dalam tempoh 14 hari bekerja.
Terma & Syarat Keanggotaan: Pihak Pengurusan KOPENAS Berhad berhak menukar sebarang terma dan syarat tanpa notis. Pemohon
hanyalah untuk kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang
KOPENAS. Borang yang dihantar haruslah lengkap dengan dokumen yang diperlukan beserta wang tunai RM20 sebagai yuran pendaftaran. Proses permohonan adalah dalam tempoh 14 hari bekerja.