Info Korporat

Info Korporat

Tentang Kami

SEJARAH PENUBUHAN KOPENAS

Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad atau singkatannya KOPENAS ditubuhkan pada 11 Februari 1984 dalam satu mesyuarat yang diadakan di Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang dihadiri oleh 256 orang dari kalangan pendidik itu telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Rahman Arshad (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Satu) di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pencetus idea untuk menubuhkan koperasi ini cetusan idea YBhg. Tan Sri Dr. Sulaiman bin Daud, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Rahman bin Arshad telah dilantik sebagai Pengerusi Pertama untuk meneraju koperasi ini. Mesyuarat Agung kali pertama telah diadakan di Institut Perguruan Pendidikan Negara, Genting Highland, Pahang pada 14 September 1985.

Obor yang marak menyala ditatang oleh empat tangan yang terdapat pada logo koperasi ini membawa maksud semangat dan kejayaan koperasi yang membara.

VISI

Koperasi terunggul untuk memacu pembangunan sosio-ekonomi komuniti pendidikan di Malaysia.

MOTO

“DARIPADA ANGGOTA UNTUK KOMUNITI”

MISI

KOPENAS beriltizam meningkatkan kebajikan ekonomi dan sosial komuniti pendidikan melalui perkhidmatan dan bantuan yang diredhai Allah dengan penglibatan serta komitmen semua anggota.

Ahli Lembaga KOPENAS 2025/2026

ENCIK AZHAR BIN MANN

Pengerusi
Lebih Lanjut

Tuan Haji Adnan Bin Awang

Timbalan Pengerusi
Lebih Lanjut

Encik Muhamad Radzi bin Abdullah K.M.N

Setiausaha Kehormat
Lebih Lanjut

TUAN Haji Abd Rahman Bin Ibas

Bendahari
Lebih Lanjut

Tuan Haji Othman bin Daud

Anggota Lembaga
Lebih Lanjut

Hajah Rosni Binti Adom

Anggota Lembaga
Lebih Lanjut

Encik Mohd Fauzi Bin Mohammed Saif

Anggota Lembaga
Lebih Lanjut

Haji Bohari Bin Samsudin

Anggota Lembaga
Lebih Lanjut

PUAN S.MARIAM BINTI OMAR

Anggota Lembaga
Lebih Lanjut
ms_MYMY

Pengerusi

Encik Azhar Bin Mann

JKK Pengurusan dan Kewangan

Encik Azhar bin Mann mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang pendidikan dan kaunseling. Beliau memiliki Sijil Bimbingan dan Kaunseling dari Maktab Perguruan Tunku Bainun, Diploma Pendidikan dari Maktab Pengurusan Sri Penang serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam bidang kepimpinan koperasi, beliau mempunyai pengalaman yang luas dan telah memegang beberapa jawatan penting antaranya sebagai:

Timbalan Pengerusi

Tuan Haji Adnan Bin Awang

JKK Pelaburan

Tuan Haji Adnan bin Awang merupakan seorang pegawai pendidikan yangberpengalaman luas serta berkelulusandalam bidang pendidikan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2000.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau pernah memegang jawatan sebagaiPenolong Pengarah Kanan, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dari tahun 2009 hingga 2023. Dalam peranan tersebut, beliau telah memainkan peranan penting dalam pengurusan, penyelarasan dan pelaksanaan sistem pentaksiran serta peperiksaan di peringkat negeri.

Setiausaha Kehormat

Encik Muhamad Radzi Bin Abdullah K.M.N

Encik Muhamad Radzi bin Abdullah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (B.A. Hons) dan Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta Sarjana Pengurusan (MGSM–UPM) melalui Program Berkembar IAB–MGSM UPM. Beliau turut mengikuti Program Accelerated Leadership Development Kementerian Pendidikan Malaysia (2014–2015) serta memiliki Sijil Juruaudit SIRIM dan Sijil Penyelenggaraan Baik Pulih Komputer (IUB).

Sepanjang kerjaya sebelum bersara, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam perkhidmatan pendidikan termasuk sebagai Timbalan Pengarah Perancangan dan Pengurusan PPD, Timbalan Pengarah Pendidikan JPN, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN, Pegawai Pendidikan Daerah dan Pengetua Sekolah.

Kini, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha KOPENAS bagi sesi 2025–2026 di samping sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan  Pengerusi KOPENAS Kawasan Hulu  Langat. Beliau juga aktif dalam penubuhan koperasi sekolah serta persatuan pendidikan. Atas sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 2019.

Bendahari

Haji Abd Rahman Bin Ibas

Tuan Haji Abd Rahman bin Ibas merupakan tokoh pendidikan berpengalaman dengan kelulusan akademik cemerlang dalam bidang pendidikan. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) Kepujian Kelas Pertama serta Diploma Sains Pendidikan (Fizik/Matematik) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan memiliki Sijil Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan daripada Institut Aminuddin Baki (IAB).


Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1996, 2003, 2008 dan 2017. Kepimpinan beliau turut diiktiraf melalui Anugerah Khas Kepimpinan Sekolah  Rendah peringkat Daerah dan Negeri (2021) serta dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Daerah Segamat pada tahun 2024.

Anggota Lembaga

TUAN Haji othman Bin Daud

Pengerusi

JKK Pengurusan Aset, Hartanah dan Ladang

Tuan Haji Othman bin Daud mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perguruan dan profesional. Beliau berkelulusan Diploma Pendidikan dari Institut Pendidikan Darul Aman (IPDA), Diploma Profesional dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta Sijil Perguruan dari MPKB.

Dalam bidang koperasi, beliau merupakan Anggota Lembaga KOPENAS Berhad dan  Pengerusi Kawasan Temerloh, Pahang. Beliau terlibat aktif dalam pelbagai jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Tabung Kebajikan Am, Jawatankuasa Keanggotaan dan Jawatankuasa Disiplin.

Anggota Lembaga

Hajah Rosni Binti Adom

Pengerusi

JKK ICT dan Pemasaran

Hajah Rosni binti Adom merupakan seorang pendidik berpengalaman dalam bidang ekonomi dan teknologi pendidikan. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian dari Universiti Malaya, Sarjana Pendidikan ICT dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta memiliki kelayakan NPQEL daripada Institut Aminuddin Baki.

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di beberapa institusi pendidikan termasuk SMK Tunku Abdul Rahman, SM St. Xavier, SMK Seri Tanjung dan SMK  Intan Jesus Convent. Atas kecemerlangan dan dedikasi dalam bidang pendidikan, beliau telah dianugerahkan Anugerah  Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1989, 2009 dan 2015 serta diiktiraf sebagai Guru  Cemerlang Ekonomi dari tahun 2004 hingga 2024.

Anggota Lembaga

Encik Mohd Fauzi Bin Mohammed Saif

Pengerusi

JKK Pembiayaan

Encik Mohd Fauzi bin Mohammed Saif  merupakan seorang pendidik berpengalaman dengan kelulusan akademik dalam bidang pendidikan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pegawai  Peperiksaan MUET di Majlis Peperiksaan  Malaysia (MPM). Dalam bidang koperasi, beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha  Kehormat KOPENAS Berhad sejak tahun  2016 hingga 2025, selain memegang jawatan sebagai Anggota Jawatankuasa  Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah  Persekutuan (2021–kini) dan Anggota Lembaga Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) sejak 2022.

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan  Cemerlang pada tahun 2005 dan 2013 serta Anugerah Insentif Perkhidmatan pada tahun 2022 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan kecemerlangan beliau.

Anggota Lembaga

Haji Bohari Bin Samsudin

Pengerusi

JKK Keanggotaan dan Kebajikan

Tuan Haji Bohari bin Samsudin merupakan seorang pendidik dan pakar dalam bidang pentadbiran pendidikan serta kaunseling, dengan pengalaman luas dalam kokurikulum dan audit pendidikan. Beliau memiliki kelulusan akademik dan profesional seperti berikut:

  • Sarjana Pengurusan & PentadbiranPendidikan, Universiti SainsMalaysia (2002)

  • Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling, Universiti Putra Malaysia (1997)

  • Diploma Bimbingan & Kaunseling, Institut Perguruan Darul Aman (1991)

  • Sijil Perguruan Khas, Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur (1992)

  • Sijil Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar (1983)

  • Kursus Ketua Juru Audit, Sijil Juruaudit ISO 9001:2001, Institut Aminuddin Baki, Genting (2010)

Sepanjang perkhidmatan beliau, Tuan Haji Bohari bin Samsudin telah menerima pelbagai anugerah sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan sumbangan dalam bidang pendidikan, antaranya:

  • Anugerah Juri Kokurikulum JPN/KPM (2006)

  • Anugerah Cemerlang Kokurikulum KPM (2008)

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1995, 2001, 2006, 2017)

Anggota Lembaga

Puan S.Mariam Binti Omar

Pengerusi

JKK Kajian Risiko dan Pembangunan Insan

Puan S.Mariam binti Omar merupakan seorang pemimpin pendidikan berpengalaman luas dengan latar belakang akademik yang kukuh dan pelbagai. Beliau memiliki Sarjana Sains (Teknologi Maklumat dan Komunikasi – ICT) dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 2008, serta Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  pada tahun 1994. Selain itu, beliau turut memiliki Diploma Pendidikan (KPLI) dari Institut Perguruan Darulaman pada tahun 1995.

Dari segi perkhidmatan, Puan S. Mariam binti Omar kini berkhidmat sebagai Pengetua,  Sekolah Menengah Kebangsaan Syed  Ibrahim, Pendang bermula tahun 2023  hingga kini. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengetua SMK Batu Lapan, Sik dari 2021 hingga 2023. Pengalaman kepimpinan beliau turut merangkumi jawatan Penolong Kanan Hal  Ehwal Murid, SMK Pendang (2017–2021)  dan Penolong Kanan Kokurikulum (2014– 2017).

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Guru Kanan Bahasa, SMK Tanah  Merah (2008–2013), Guru Penolong, SMK  Tanah Merah (1996–2008) serta Guru  Penolong, SMK Batu 3 ½, Jalan Ipoh,  Kuala Lumpur (1995–1996). Keseluruhan pengalaman ini mencerminkan komitmen dan sumbangan berterusan beliau dalam bidang pendidikan dan kepimpinan sekolah.