Aturan Saguhati Haji/ Umrah

Aturan Saguhati Haji/Umrah

Aturan Saguhati Haji/ Umrah

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Anggota aktif sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Anggota layak memohon sekali sahaja dan permohonan hanya diantara Haji atau Umrah.
  • Anggota perlu membuat permohonan Saguhati Haji atau Umrah tidak melebihi 6 bulan daripada tarikh penerbangan Haji atau Umrah.
  • Setiap permohonan boleh dihantar selepas menunaikan ibadah Haji atau Umrah.

Kadar bayaran

SAGUHATI HAJI/UMRAH JUMLAH
HAJI
RM1,000.00
UMRAH
RM1,000.00

Syarat-Syarat Permohonan Saguhati Haji/Umrah:

  1. Anggota perlu menyediakan surat rasmi permohonan Saguhati Haji atau Umrah
    berserta butiran yang lengkap seperti nama penuh, nombor ahli, nombor kad pengenalan, nombor telefon, dan nombor akaun bank yang aktif serta tandatangan original.
  2. Anggota perlu sertakan salinan dokumen yang disahkan seperti berikut:
    i. Surat Tawaran Haji/Umrah
    ii. Salinan E-Visa atau Passport beserta muka depan dan cop kelulusan daripada Arab Saudi bagi pengesahan kelulusan menunaikan Umrah atau Haji.
    iii. Salinan Kad Pengenalan

      3. Semua salinan mestilah disahkan oleh Majikan/Pengerusi/Setiausaha Kawasan/Pegawai Kumpulan ‘A’ atau Penghulu.

    4 . Permohonan yang lengkap serta disahkan oleh majikan hendaklah disertakan dengan borang asal (original) dan dihantar melalui pos ke alamat rasmi KOPENAS. Permohonan melalui emel atau salinan imbasan (softcopy) tidak akan diproses.

ms_MYMY