Info Korporat
Tentang Kami
SEJARAH PENUBUHAN KOPENAS
Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad atau singkatannya KOPENAS ditubuhkan pada 11 Februari 1984 dalam satu mesyuarat yang diadakan di Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang dihadiri oleh 256 orang dari kalangan pendidik itu telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Rahman Arshad (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Satu) di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pencetus idea untuk menubuhkan koperasi ini cetusan idea YBhg. Tan Sri Dr. Sulaiman bin Daud, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Rahman bin Arshad telah dilantik sebagai Pengerusi Pertama untuk meneraju koperasi ini. Mesyuarat Agung kali pertama telah diadakan di Institut Perguruan Pendidikan Negara, Genting Highland, Pahang pada 14 September 1985.
Obor yang marak menyala ditatang oleh empat tangan yang terdapat pada logo koperasi ini membawa maksud semangat dan kejayaan koperasi yang membara.
VISI
Koperasi terunggul untuk memacu pembangunan sosio-ekonomi komuniti pendidikan di Malaysia.
MOTO
“DARIPADA ANGGOTA UNTUK KOMUNITI”
MISI
KOPENAS beriltizam meningkatkan kebajikan ekonomi dan sosial komuniti pendidikan melalui perkhidmatan dan bantuan yang diredhai Allah dengan penglibatan serta komitmen semua anggota.